Saturday, 13 October 2012

I'm back!

Assalamualaikum and annyonghaseyo :)
Wowoooo!!! Lama betul tak update blog. Last update bulan 7. K, 2 bulan tak update kira lama k. K. K. Thanks to Aiman for reminding me untuk update blog ni *itupun kalau dia baca blog ni* Haha. Okay, dalam entri ni aku akan update random things yang berlaku dalam 2 bulan tak update ni. K? *angguk*

Okay, first thing aku nak bagitau ialah pasal kenapa kenapa dan kenapa aku tak update blog ni. Ada banyak banyakkkkkkkkk sangat sebab dia. Satu, aku langsung takde masa nak jenguk blog bagai. Dengan PBS yang kalau boleh nak kalahkan ketebalan Kamus Dewan. Dengan kerja kursus kalau 11 subjek, 11 kerja kursus nak bagi. Tak cukup dengan itu, 1 exam besar sedang menunggu aku dengan mengantuknya dengan aku aku sekali ngantuk tersengguk-sengguk dengar ustazah mengajar Faraid *dengkur*



Ouh yeahhh! Aku nak kongsikan kegembiraan yang paling bermakna dalam hidup aku sepanjang 13 tahun 8 bulan aku hidup ni. Aku malas nak suruh korang berguess-guess ni. Buang masa *pandai pulak* Alhamdulillah, aku dapat Anugerah Ahli Sukan Terbaik 2012 masa Hari Kokokurikulum *betul tak eja dia?* . Memang tak sangka boleh dapat. Act, aku fikir ramai lagi yang deserve dapat benda alah ni daripada aku. Sebab, ada yang dapat lebih banyak pingat daripada aku. Maybe, sebab aku menyumbang pingat pertama untuk sekolah masa olahraga haritu kot. Cikgu siap sebut weh nama aku masa ucapan hari koko tu. Malu ah kita *blushing* Haha stop this topic. Anyway, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti cikgu cikgu, kawan kawan, mama and abah <3 Me heart you guys. Gamsahamnida :)

*taktau apa motif quotes ni tapi aku suka*

Also, how's my life in secondary school? Haha. Alhamdulillah, nothing's special. Macam tu je dalam 10 bulan ni. Bangun tidur, mandi, tunggu van, pergi sekolah, hadap muka cikgu, hadap pakcik kantin, hadap buku, balik *ulang balik untuk hari hari seterusnya kecuali ahad haha* K, sabtu pun aku sekolah. Cuma yang bezanya tahun ni ialah tahun paling banyak aku hangout. Yeah. Untunglah sekolah dekat dengan McD, tutti frutti, subway, domino's. Sila jeles *jelir lidah* Kalau boleh setiap bulan tak keluar tak sah. Sekurang-kurangnya sekali pun cukup sekadar nak puaskan nafsu. Sampai cashier McD dengan Tutti Frutti pun dah muak tengok muka kitaorang :b *say hi to them* jangankan cashier, harga pun aku dah hafal. haha hebat tak hebat tak? *takyah bangga ah* Nanti kang lepas finale exam nak keluar lagi. Yeyeyeyeyeyeyeye.

Love him :*

Haha, and btw sekarang ni aku tengah belajar bahasa Korea. If K-popers tak belajar Korea hm tahlah. Kalau setakat tahu Saranghae pun kira okay. Haha. Alhamdulillah aku dah boleh menguasai sikit sikit. Tulis hangul pun boleh sikit-sikit. InsyAllah dalam 1-2 tahun boleh fasih :) Aku banyak belajar sendiri, dengan kawan kawan sekepala dengan tengok variety show kat KBS TV. If ada video cut kat youtube yang takde subtitle tu boleh lah faham sikit-sikit. Sekarang, 3 bahasa aku sedang kuasai. Alhamdulillah. nanti kalau aku dah fasih, aku buat satu blog bahasa korea haha berangan -_- Hm, actually dulu aku fasih tapi sejak dah lama tak cakap korea, aku sendiri pun dah lupa bahasa korea macam mana. Nak dekat setahun kot. That's why aku belajar balik untuk fasihkan balik. Memang lama pun nak ambik masa untuk fasih korea ni. Doakan aku supaya berjaya memfasihkan diri. Hwaiting!

Love him so much :* Hwaiting!

Oklah, aku rasa sampai sini je entri aku. InsyaAllah jika ada lagi masa terluang aku akan update kebetulan PBS punya kerja baru je hantar semalam untuk key-in markah 15 Oktober. Cikgu, isi markah saya elok elok. Haha. K bai. Assalamualaikum :)

Psst: benci dengan Blogger New Interface :b

Monday, 16 July 2012

Alhamdulillah......

Assalamualaikum w.b.t dan hai :)

Aku kembali dengan entri baru :) Hehe. Okay, aku baru balik sekolah lebih kurang 3 jam yang lalu. Tidak terlalu penat pada hari ini walaupun aku puasa. Yeah, tinggal lagi sehari sebelum aku bebas daripada puasa ganti! *jerit kuat kuat* Esok hari last aku puasa ganti. Sungguh tidak sabar rasanya. Tinggal lagi beberapa jam sebelum aku menghinggapkan makanan ke mulutku lalu dihadamkan ke dalam perutku yang serba canggih ini *kenyit mata sambil jelir lidah* 

Pada dua hari lepas, sekolah aku telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang kali ke-10. Alhamdulillah, aku dapat hadir sebab aku masuk perbarisan Kadet Polis (P). Aku rasa kamilah unit beruniform paling hensem dan bergaya disitu :b Haha. Lebih kurang hari Khamis lepas aku terlibat dengan 3 acara sebelum sukan iaitu Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Rejam Lembing kategori Perempuan bawah 13 (Perempuan C). Rejam lembing itu pun aku terpaksa masuk sebab rumah hijau Perempuan C takde siapa wakil. Ehem, jangan tanya aku kenapa aku tak masuk larian dengan lompat. Aku serious tak minat bab bab yang itu. Harap faham :D

Sepatutnya, buat hari Selasa tapi malangnya petang itu pula hujan dan ditunda ke hari Rabu pagi. Tetapi, cikgu taknak buat pagi sebab takut pelajaran tertinggal lepastu buat petang and guess what? Hujan weh hujan. Itulah cikgu, degil lagi ;p *cekak pinggang* Then, ditunda ke hari Khamis pagi. Kebetulan, hari Khamis dengan Jumaat memang ada raptai untuk perbarisan. Sebab tu buat sukan pagi. Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu sungguh ceria ye tuan tuan puan puan *check mikrofon 1,2,3*  

Acara pertama ialah rejam lembing. Aku mendapat giliran ketiga ke keempat aku pun tak ingat. Aku ingat lagi nombor rumah sukan aku. ZC 02. Lawa kan lawa kan? hehehehe *senyum sinis* Z tu ZAMRUD *rumah hijau*, C tu kategori. Okay, kami diberi 3 kali percubaan. Percubaan pertama aku mendapat lebih kurang 4-5 meter aku pun tak ingat *ketuk kepala dengan bantal*. Then, percubaan kedua aku mendapat 7.5 meter tak silap aku dan percubaan ketiga aku batal sebab lembing tak cacak *marah lembing* Semasa aku tengah lawan rejam lembing, aku sorang je yang wakil rumah hijau kategori perempuan C. Tapi, aku masih lagi bersemangat kerana ada lagi cikgu rumah hijau yang menyokong aku kebetulan mereka yang menjaga markah untuk rejam lembing. Terima kasih Cikgu Roshayati dan sorang lagi cikgu aku tak ingat nama dia x) 

Kemudian, dah habis rejam lembing aku teruskan ke Lempar Cakera. Disebabkan aku dah ada pengalaman dalam lempar cakera, aku memberi tunjuk ajar kepada seorang lagi kawan aku iaitu Shalini. Dia pun wakil rumah hijau juga untuk lempar cakera. Dia tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam lempar cakera dan dia tak tahu pun dia masuk lempar cakera. Aku memberikan basic things yang perlu diketahui dalam lempar cakera. Kami diberi 3 kali percubaan juga. Percubaan pertama aku mendapat 12 meter. Percubaan kedua aku mendapat 13. __ (aku tak ingat) meter. Percubaan ketiga aku mendapat 14 meter. 

Then, aku boleh berehat sekejap sebelum ke lontar peluru sebab acara itu ialah acara paling akhir untuk PC. Aku pergi ke acara lompat tinggi untuk menyokong kawan aku, Izaaz. Alhamdulillah, dia mendapat tempat kedua :) Congratulations Izaaz! 

Dan sampailah masa untuk ke acara boleh dikatakan kegemaran jugalah iaitu lontar peluru. Aku dah main lontar peluru selama 3 tahun sejak darjah 5 jadi tak mustahil itu menjadi acara kegemaran aku setiap kali sukan *lompat lompat* Aku punya giliran ialah yang ketiga kot. Kami diberi lagi 3 percubaan. Percubaan pertama aku mendapat 5 meter. Percubaan kedua aku mendapat 6 meter dan kemudian percubaan ketiga aku mendapat 7.3 meter. Alhamdulillah ada peningkatan :)

2 hari kemudian.......

*cough* Masa yang ditunggu tunggu telah tiba! Setelah semua selesai semasa hari sukan semua semua tu, tibalah masanya untuk mejlis penyampaian hadiah. Jyeahh! Tapi tapi tapi...... sempat bagi hadiah sampai Lontar peluru perempuan A je sebab hujan dan ditunda ke hari Isnin (harini). Anddddddddddd..........Guess...............What???????????? *rasa annoying tak baca panjang panjang? haha*









Alhamdulillah i've won 3 of them! I've got Gold for Lontar peluru, Gold again for Lempar Cakera and Silver for Rejam Lembing :) 

Andddd andddd andddddddddddddddddddddddd...................... belum habis lagi tau










My dream comes true! Aku dapat Olahragawati Kategori PC :) Actually aku taktahu pun yang aku dapat mende alah ni. Cuma bila aku dah ambil 3 pingat, tiba tiba nama aku dipanggil lagi. Aku pun pelik lah. Aku dapat apa lagi kan. Then aku pergi je lah. Dah ambil piala, aku tengok piala tu then aku baca 'Peserta Terbaik Perempuan C'. Aku tergamam kejap. Aku serious tak sangka. Aku punya impian sudah menjadi kenyataan! Alhamdulillah :)





My prizes! Aku bersyukur sangat. Tak sia sia aku penat tapi sangat sangat berbaloi :) Tak cukup dengan ini, aku tumpang gembira dengan Pasukan Kadet Polis (P) sebab memenangi Perbarisan Unit Beruniform. Tahniah POLIS!! Me love you. 

Balik sahaja rumah, aku letak elok elok piala atas almari dan tunggu sampai parents aku balik. Bila diorang dah balik, aku dengan suka hatinya pergi tunjuk hadiah ni kat parents aku. Diorang tu bekas olahragawan/olahragawati sekolah dulu. Kira bakat turun daripada diorang lah :) kemudian, adik adik aku pun aktif sukan tapi dalam bidang larian. aku lah yang turunkan saka kat diorang tu. K, ayat serious takleh blah :p

Parents aku sangat bangga terutama sekali mama aku. Bila dia tengok je piala tu, dia terkejut dan terus ucap tahniah serta salam aku. Bila dah salam tu sempat lagi aku tanya, "Takde pape ke nak bagi?" kemudian mama aku jawab, "Nanti mama masak soto untuk kakyang buka puasa" Pastu aku pun, "Yeyy! Makan soto". Terima kasih mama dengan abah atas sokongan :) Masa sabtu lepas, mama aku cakap kat aku, "Kalau kakyang tak minat bidang larian dan lompat, pastikan expert dalam balingan. Stamina tangan kena kuat. Setiap kali nak lawan, angkat apa apa je janji berat supaya stamina kat tangan banyak." Mama aku sentiasa memberi kata kata semangat kat aku setiap kali sukan. Setiap kali apa apa aktiviti, aku akan meminta mama dengan abah aku doakan kejayaan aku.

Sekulung penghargaan kepada guru rumah sukan atas semangat yang diberi. Mama dan abah aku, rakan rakan aku yang sentiasa memberi sokongan kat aku serta syukur alhamdulillah kepada Allah yang maha Esa kerana memberiku kejayaan yang berprestij ini. Terima kasih sekali lagi :) 

Siapa kata berbadan besar tidak boleh sukan? Aku dah buktikan. So, ada apa apa nak cakap? *bunyi cengkerik* 

InsyaAllah, tahun depan aku akan masuk lagi acara acara ini dan memenanginya sekali lagi. 

Sebelum terlupa, kedudukan rumah sukan daripada tempat pertama hingga tempat keempat.

Pertama - Topaz (Kuning)
Kedua - Nilam (Biru)
Ketiga - Delima (Merah)
Keempat - Zamrud (Hijau) *takpe zamrud, tahun depan cuba lagi :)*

 P/s: Tiada niat untuk menunjuk cuma ingin berkongsi kejayaan. Maaf jika ada ayat yang riak disitu. Aku manusia biasa dan perasaan ingin berkongsi itu sentiasa ada. Dan maaf kualiti gambar kurang. Guna handphone je :)




Saturday, 14 July 2012

Freebies: Simple Kpop Header

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Allah, lama gila aku tak update blog ni. Kesian pulak aku tengok blog ni berhabuk semacam je. Tuan dia tak tengok ke? *gosok dagu* kesian blog aku trafik tak naik naik. Haha. Tapi, aku kembali seperti biasa. Yeahh! *goyang perut* 

Haa, aku taknak cerita apa apa lagi. Cuma, aku akan bagi korang............ yeyy! Freebies header ~ Tadi, aku tengah boring tahap gila vavi jadi aku berhajat nak buat header. Sambil-sambil buat header tu, aku nak buat freebies terus. Senang sikit. Thanks to BBB for your suggestions! Appreciate it :) So, let's check it out!

Header size: 750x240 
Type: bersambung


Header Kpop Luhan 1


Header Kpop Luhan 2


Header Kpop Luhan 3

==============================================================

Header Kpop Yoseob 1


Header Kpop Yoseob 2


Header Kpop Yoseob 3

==============================================================

Header Kpop Zhang Yixing 1 



Header Kpop Zhang Yixing 2

==============================================================

Header Kpop Gikwang 1


Header Kpop Gikwang 2


Header Kpop Gikwang 3 

==============================================================

Okay, ini sahaja yang mampu aku bagi sebab aku buat pun simple simple sahaja. Takdelah lawa mana. Jadi, kalau nak ambil sila letakkan credit link to my blog. Kalau ada yang ambil header ini dan mengaku dia yang punya, dengan tak semena-menenya aku akan report your IP address. Walaupun nampak macam "Ek eleh, bajet dia banyak followers, stalkers, pembaca kat blog dia" Tapi, siapa tahu kan? Aku cuma mengambil langkah berjaga-jaga. 

Jika ada sesiapa yang menggunanya, aku mengucapkan terima kasih :) InsyaAllah, aku akan buat lagi freebies jika aku ada kesempatan.

Wassalam.

Thursday, 28 June 2012

Jualan pre-loved dan penghabisan stok

Contact Lense untuk dijual ! Limted edition ~ Siapa cepat dia dapat . Click HERE !

Assalamualaikum dan hai .

Taknak taip panjang panjang . disini , saya amni ingin menjual sedikit barang untuk mengurangkan beban parents untuk mengeluarkan duit terlalu banyak untuk saya . ceh :p okay , actually memang aku tengah dalam kekangan kewangan sekarang ni . duit banyak nak pakai . yelahhhhhh , nak guna untuk itu . nak guna untuk ini . takkan nak guna duit parents je , ye dok ? oklah . back to the topic . aku akan jual barang pre-loved and penghabisan stock . apa itu pre-loved ? pre-loved ni barang yang kita cuma pakai sekali aje , ye . sekali aje ye bapak bapak , ibu ibu . ok ok . faham ? k bagus . jom kita teruskan dengan experi... eh , bukan bukan . jualan kita :)


BARANG PRE-LOVED


Baju ni dah 4 tahun . aku tak pakai selalu . kalau sekarang aku pakai , dah singkat lah . baju ni sesuai untuk yang berketinggian 140-145 cm . baju ni sesuai nak pakai bila keluar jalan-jalan dengan family dan lebih sesuai kalau dikenakan dengan tudung bawal .

S01 - Amni

Size : L (32)

Colour : Purple
Condition : Good
Types : Normal shirt cloth
Price : RM 10 excluding postage
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)



Baju ni pon dah 4 tahun jugak lah . baju ni sesuai untuk bersukan , duduk rumah dan seumpamanya . sebab baju ni nampak santai dan sesuai untuk yang berketinggian 145-148 cm .

S02 - Amni

Size : L (32)
Colour : Orange
Condition : Good 
Types : Normal shirt cloth
Price : RM 10 excluding postage



Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)



Baju ni pon dah 4 tahun . kebanyakan baju aku dah 3 tahun keatas . baju ni sesuai untuk bersukan , duduk rumah dan seumpamanya . sebab baju ni nampak santai dan sesuai untuk yang berketinggian 145-148 cm .

S03 - Amni

Size : L (32)
Colour : Pink 
Condition : Good
Types : Normal shirt cloth
Price : RM 10 excluding postage


Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)


sorrylah baju ni nampak budak budak sebab ni baju 4 tahun lepas :D beli kat pesta buku . kalau untuk mak mak , kakak kakak nak belikan untuk anak ke adik ke . sesuai sangat lah . sesuai pakai bila keluar jalan jalan . Baju ni pun hanya sesuai untuk yang berketinggian 140-144cm .

S04 - Amni

Size : M
Colour : Black 
Condition : Good
Types : Normal shirt cloth
Price : RM 10 excluding postage
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)


Actually , baju ni baru je tahun lepas beli . baju ni pon bukan aku yang pilih sebab aku tak minat Arsenal pon . ayah aku yang beli . konfem dia tak tengok dulu badan aku sebelum beli jersey ni . sobs . aku tak pernah pakai walau sekali tapi selalu basuh :D Seperti biasa , baju ini hanya sesuai untuk yang berketinggian 140-146cm (depends juga kepada badan individu)

S05 - Amni

Size : S
Colour : Red (Arsenal)
Condition : Good 
Types : Jersey
Price : RM 10 excluding postage
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)



Ini pon same reason seperti diatas tetapi tidak ada kena mengena dengan Arsenal sebab aku minat Chelsea . tapi , baju ni ayah aku beli secara tiba tiba . mungkin dia tak perasan yang dia TERambik saiz S padahal anak dia bersaiz L :p Baju ini hanya sesuai untuk yang berketinggian 140-146cm (depends juga kepada badan individu)

S06 - Amni

Size : S
Colour : Blue (Chelsea)
Condition : Good 
Types : Jersey
Price : RM 10 excluding postage
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)

itu sahaja lah untuk barang Pre-Loved . aku tak jual banyak sebab banyak lagi baju aku muat :p dan sayang nak jual . jom tengok barang penghabisan stock pula !



BARANG PENGHABISAN STOK




Minyak Wangi : Eternal Magic Enchanted (hanya tinggal 10)
Harga : RM70 - *kos penghantaran akan dikenakan jika luar dari kawasan PERAK :) cuma tambah RM2 je :)
Produk : AVON


Jersey Malaysia Gred B (ada banyak lagi stock)
Biru - RM38
Kuning - RM38
Size ~M & L
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)

Dua dua ni bukan barang aku , aku sekadar bantu orang menjual sahaja . insyaAllah , kalau ada rezeki lebih aku akan jual benda lain okay :)

Kalau berminat , just PM me here --> http://facebook.com/anizz.amni

Details yang perlu korang tulis :

- Code baju 

- Nama penuh 

- Alamat 

- No. telefon

Selamat membeli !!!







Photobucket