Tuesday, 7 February 2012

Ramai artis muslimah sudah kembali ke jalan yang benar :)

Assalamualaikum dan hai ! Yeah , aku datang balik dengan entri baru . Entah kenapa , perasaan nak update blog makin mencurah-mencurah macam air paip tengah mengalir . Adakah otak aku telah dibaiki oleh Syarikat SYABAS ? lol . Haha , kebetulan aku banyak masa terluang . Yelah , dah jadi budak Form 1 takyah nak ngadap buku 24 jam macam tahun lepas . Haha ! Oklah , kita sambung dengan topik kita .

Ramai kan sekarang artis wanita muslim yang sudah berhijrah ke jalan yang benar . Kan ? Macam Irma Hasmie , Wardina Safiyyah , Diana Amir dan ramai lagi . Baru-baru ini , kita mendengar yang penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali baru sahaja berhijrah ke alam menutup aurat . Yeah , dia bertudung ! Tak percaya ? Okay , rasanya ada keluar kat Berita Harian baru-baru ni . Dia memakai tudung ketika membeli juadah berbuka puasa . Walaupun tak penuh , tapi dia sudah menjejaki ke alam yang lebih baik . Pada 2 hari lepas iaitu semasa Maulidur Rasul 1433H , Ana Rafali telah memakai tudung sepenuhnya !

Ana Rafali ketika membeli juadah berpuasa pada Ramadhan tahun lepas :)

 Syukur alhamdulillah ALLAH tengah bukakan pintu hati mereka . Aku sebagai seorang perempuan muslim turut tumpang gembira bila tengok diorang dah berubah . Ana Rafali juga akan mendirikan masjid bersama jejaka pilihannya , Naim pada 25 Februari ini iaitu 2 hari selepas Lisa Surihani mendirikan rumah tangga :D Aku harap ramai lagi artis-artis wanita diluar sana yang akan menutup aurat mereka . Kalau bertudung , tapi tak tutup aurat tak guna jugak kan ? Setakat ini sahajalah . Bye ! Wassalam




Photobucket
 
 

3 comments:

♥ Cik Zack's ♥ said...

Alhamdulillah :) Allah dah bukakkan hati dye ^^

coklatberapi said...

sejuk tgk artis2 yang dah pakai hijab;)

P E T A K B U N G A said...

Jom joint 1st GA petakbunga...
Gambar adalah bebas.. (: Asalkan hak milik sendiri.. bukan google org lain punya.
nk hantar gmbr adik yg pandai bergaya pn boleh.. abag hensem yg bergaya pn boleh.. ayah smart bergaya pn boleh.. makcik vouge yg bergaya pn boleh.. janji bergaya..:)
petakbunga.blogspot.com