Monday, 22 September 2014

// LIEBSTER AWARD

Assalamualaikum dan hai semua penduduk dunia :)

Dulu, masa mula mula nak 'up' (amboi) , selalulah dapat tag award macam ini. Biasalah, dulu peramah bagai nak rak, sekarang malu bagaikan kucing parsi (perumpamaan nak eksklusif). Alhamdulillah, tuhan berikan sedikit kemaluan eh sifat pemalu dalam diri ku yang kudus ini (kesat ayaq mata) .

Without any longer, nak berterima kasih dekat seorang blogger yang sudi tag untuk award ini (salam cium tangan lap balik). Walaupun, blogku hanyalah sebuah blog picisan, yang menanti pembaca datang tak sampai sampai takpe husnuzon mungkin mereka sesat. Ku hanya mampu mempromosi blogku dalam laman sosial yang tidak berapa nak aktif (pasang lagu sedih) . Dah dah sudah!
Mari kita bersuka ria!


(macam gula-gula candy lulz)


Award ini dia main syarat-syarat. So, kenalah ikut. Kata nak jadi manusia berguna. Basic step ni.

1. Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima LIEBSTER AWARD dengan backlink ke blog mereka. ----- IDK HER BUT SHE'S SHOMEL

2. Jawab 11 soalan yang ditanya ---- PRACTICE EXAM

3. Calonkan 11 blogger lain. --- LEMAH SIKIT

4. Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih. --- INI GASAK

5. Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini. --- K.


Soalan soalan yang telah dibocorkan walaupun tak haha buat lawak jeng jeng jeng.



1. Perkenalkan diri anda..
 
// Hai. Saya amni. Saya manusia. Dan semestinya bukan alien. Saya manusia yang masih tak sedar diri tu dah besar tapi perasan masih boleh main dalam keretapi budak budak kat funfair. Haaaaaaaaaaa. Saya suka makan. 


2. Apa aktiviti yang paling anda sukai selain berblog?

// Nak cakap belajar macam menipu bebenoooo. Membaca pun ye tapi macam masih berdolak dalih dengan buku cerita. Hei jangan main main ah. ---- Ku suka muhasabah diri sebenarnya (menyesal tak tanya?)


3. Apa yang anda suka tentang diri anda?

// Alhamdulillah. Semua suka. Tapi, mohon kaki Sooyoung tukar dengan saya boleh? TQ. 


4. Keluarga dan teman..yang mana keutamaan?

// Soalan ini tricky sikit. Allah. Dua dua penting. Dua dua menjadi keutamaan. Bila kat sekolah, teman lah yang paling rapat dengan kita. Tahulah perangai buruk baik kat sekolah. Di luar, keluarga is always no. 1! Keluarga kita dah kenal kita sejak kita tak malu pakai tali spagheti keluar rumah lagi. Tahu perangai sebenar, perangai ghasak, perangai yang boleh buat diorang naik angin (astaghfirullah), semua benda. Tapi, dua-dua penting. Tapi, pentingkan keluarga dulu. Sebab diorang yang kita nak panggil dulu masuk syurga nanti, kan? 


5. Ibu dan ayah..siapa anda paling rapat dengan?

// It depends actually. My mom macam ada sifat keremajaan sikit (keremajaan uolsss) , so boleh lah jadi sekepala (dalam kebanyakan benda) . We have a lot in common but it's not that many though. Abah pula, suka duduk bawah dia sebab dia tinggi jadi rasa macam duduk bawah pokok kelapa. Lepastu, abah suka bawa pergi jalan-jalan. So, at the same time boleh ngendeng suruh pergi Econsave shopping barang tak berfaedah. Jadi, dua-dua rapat :) Fair and square, right?


6. Bila Saat yang anda idamkan?

// Saat dimana semua orang happy dengan kita walaupun banyak ujian yang menimpa. Saat bila semua orang akan berhenti bercakap pasal seseorang :)


7. 2 perkataan tentang kehidupan anda..

// Roller Coaster


8. Apa Drama tv yang pernah anda tonton dan paling meninggalkan kesan dalam hati?

// Dream High rasanya. Eh suka hati je. 


9. Blog yang tak pernah anda miss baca setiap entri? Kenapa?

// Nisa Kay | Cik Epal | Princessmeenie | Irine Nadia | Ben Ashaari | Hanis Zalikha | Aizat Abd  ---- Sebab mereka ohsem *thumbs up* (jawapan budak sekolah) . Ramai lagi sebenarnya tapi lupa siapa ayoyo.


10. Sila list 2 blog yang patut saya follow..

// Sila rujuk soalan no. 9 lulz


11. Apa istimewa blog tersebut?

// Rujuk soalan 10


--------------------------------------------------------------------

Agak-agak rasa menyesal tak tanya soalan dekat saya? Jawapan tidak menepati kriteria ya allah (tepuk dahi) . Harap bersabar dengan budak pra-matang ini ya minta ampun. 

Nah soalan!

1 ; Dah makan? 

2 ; Pernah rasa gugup bila nak besar tak?

3 ; Ada rasa riak/takbur/berlagak/jakun tak bila ditag untuk award ini?

4 ; Kalau dunia sekarang tiada internet / alat elektronik, macam mana agaknya dunia? (Soalan KBAT 1.0)

5 ; Pernah rasa menyesal pergi sekolah/belajar?

6 ; Kalau rumah anda terbakar, dan sudah pasti ahli keluarga anda selamat, senaraikan 3 barang yang akan anda selamatkan. (Soalan KBAT 2.0)

7 ; Apa anda akan buat kalau tiba-tiba orang putih datang cakap inggeris tanya sesuatu/arah jalan? (SITUASI: Nak cepat pergi tandas) (Soalan KBAT 3.0)

8 ; Suka warna apa dan kenapa? 

9 ; Pelangi cantik tak? 

10 ; Pernah tengok aurora?

11 ; Ada rasa nak naik gila tak jawab soalan?


HAHAHHAHA. Maaf maaf minta ampun ampun. Biasalah, otak KBAT, memang macam ni (riak) . 

Nah orang bertuah ;

- SEMUA BERTUAHHHHHHHH YEAH! Saya tag semua orang. Siapa yang nak buat tag ini, buatlah :) Dialu-alukan. Bukan malas nak tag, biar adil dan saksama.

(pembohong)

BYE! WASSALAM.
Photobucket

1 comment:

Lissa said...

hihi :)
jemput bw ke blog Lis ye