Sunday, 21 September 2014

#WhatHappen ; Back to school! (baca dengan girang)

Hai, assalamualaikum :)
Jadi, jadi dan jadi. Sekolah dah mula balik. Eh bukan tahun baru ye. Semester baru bak kata orang lulz bajet. Johor mula sehari awal, awak semua teww, tidur lagi keww? hei bangun bangun bangunnnn.
So, macam mana perasaan kembali ke sekolah? Rasanya alhamdulillah selama ni, pergi sekolah baju bergosok. Tak pernah lagi lah kelam kabut pergi sekolah baju tak gosok. Baju mesti digosok walau macam mana lambat sekalipun (pandang mama). Kita pergi sekolah, kena kemas. Kena jaga imej. Kena jaga nama supaya tak masuk dalam kad disiplin. Barulah best! --- Dan dan dan, masih mampu ingat macam mana nak pegang pen hahahahaha. Sangat kelakar.
Ku baru habis trial PT3 sebelum cuti sekolah ni, kertas memang dah dapat. Memang dah dapat dan memang senyumanku dah jadi macam rojak. Kadang kadang gila pun ada. Kejap gelak, kejap kecewa. Nampak tak nampak tak. Kesian dia. Alhamdulillah sahaja yang mampu diucapkan (also sebab semua lulus setakat ni) . Ada turun naik, biasalah tu. First batch der (sila bagi kaki). InsyaAllah kena kerja keras sekeras kerasnya untuk PT3 ini. Lagi lagi format baru ini, kena faham betul betul wuwuuw. 
Harini kawan kawanku semua gila. Bukan gila yang tahap Tanjung Rambutan punya. Gila yang on off on off. Ada tak? Suka hati je. Ada sorang budak ni, takdelah pandai sangat, tapi suka sangat gelakkan orang punya karangan padahal tak sedar dia punya pun lebih kurang je jenis ayat. Ulang ulang. Ingat karaoke? Heh! Benci budak macam tu. Dia fikir dia pandai sangat ke. Karangan pun cukup cukup makan. Ingat tulis novel nak letak titik noktah sesuka hati.
(Statement diatas merujuk kepada tuan blog. Harap maklum dan sila baling kuali pada penulis thank you.)
Esok ada exam psikometrik ke psikometri entah macam mana ejaan dia. Exam ini untuk uji arah kerjaya, minat kita kearah mana. Me? Asal jawab boleh kasi impress cikgu sudah lol boleh pulak. Main main lah dia ni. Ku nak jadi peguam sebenarnya, tapi kejap nak jadi technician, kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi jurugambar,  nasib bukan nak jadi tarzan je. Takpelah, kita jadi manusia yang berguna dulu ya :)
(ini lawak)


Hahahaha. Tu je mampu cakap. K. 
Cikgu baca entri ni, nangis dia nyesal mengajar budak macam ku ni. Tak ingat nak exam. 
Wassalam.


Photobucket

No comments: