Wednesday, 29 October 2014

#FoodWithAmni ; Easy peasy chocolate cupcakes!






Hai, assalamualaikum!

hei, lap sikit air liur tu. Amboi. alhamdulillah, dah habis exam ni, banyaklah masa nak qada' aktiviti yang tertangguh tralalalla. Sampai dah naik boring taktau nak buat apa. ades.

Okay, harini dengan sifat rajinnya, saya nak kongsi resepi cupcake coklat paling senang di dunia, takdelah di dunia, kot ada cupcake yang sekadar jampi dah siap tu lagi senang nauzubillah. 

Sebelum ni, kalau buat cupcake, mesti mesti wajibulghunnah tak jadi punya. Keras sangat lah, tak naik lah, heish banyak pulak songeh dia! Tetapi, dengan resepi ini, mata tutup pun boleh buat (kalau rasa taknak kena terajang dengan mama) . 



// Bahan-bahan (12 cupcakes) ;

Maafkan gambar tepung. Dia malu sikit. Sopan orangnya. 

1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri (lebih cadangkan guna tepung naik sendiri)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan H20 (yakni air)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
1 biji telur


Tengok macam banyak kerja kan? Tetapi, sebenarnya sangat senang. 


// Cara-cara ;

  1. Letakkan semua bahan ke dalam pengisar ikut susunan (whatt?) 

// Yup. Pengisar yakni blender bawang yang ada kat rumah tu. Tapi, kalau takde, jangan guna lesung batu. Amboi nak klasik bebeno! Satu tips kalau taknak cupcakes rasa cili, masukkan garam dalam pengisar dan isikan air selepas itu, blend! Hmmmm harum bagaikan sutera eh tak bau hilang je sebenarnya 

Tips! - Pastikan letak minyak dahulu, lepas itu susu pekat ya. Kalau TERletak gula selepas atau sebelum minyak, alamatnya, kena gali khazanah lah. Permukaan minyak licin membantu susu pekat turun dengan sihatnya! Yes! 


      2.  Susun cawan cupcake dengan comel dan bergaya vadavas!




      3. Tuang hasil eksperimen eh adunan cupcake dalam cawan kertas yang dah susun kiut kiut. Jangan penuh sangat, jangan sikit sangat. Tinggalkan dalam 1/4 ruang bagi cupcake itu naik dengan menawan dan tak debab (sebab guna tepung naik sendiri, jadi tak payah gatal tangan tuang menjejes alamak gurl)

Jadilah macam ini ;



      4. Okay, masa ini, boleh lah ikut korang semua. Nak bakar just plain as it is ataupun boleh letak grated chocolate, chocolate rice, almonds, it's up to you! Macam saya, saya letak grated chocolate, hmmmmmmm sedap yummeh (diabetes alert)

      5. Bakar dalam ketuhar, dengan suhu 150 C - 180 C selama 20 - 25 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Seperti kek yang lain, untuk check kalau dah masak atau belum, ambil lidi ke, chopstick ke, cucuk cupcake tu (dengan berhati-hati supaya tak terliur) , kalau ada kek yang melekat, maknanya belum masak lagi ye. Kalau tiada, okay boleh makan (padan muka lidah melecur) . Lagi satu, jangan bakar lama sangat, nanti cupcake jadi kering dan keras. Macam saya punya, jusssstttt nice :)

// Ada ketuhar yang ada jenis panas nak atas bawah ke, atas sahaja ke, bawah sahaja ke. Kalau ada, my recommendation, gunakan jenis panas atas bawah selama 15 minit. Then, tukarkan ke arah atas untuk rangupkan bahagian atas cupcake. 

Other options -- Boleh guna kaedah kukus. Kukus selama 20-25 minit. Cucuk, done!


       6. Sejukkan cupcake, selepas itu boleh hias dengan frosting atau chocolate topping (Warning! Chocolate topping's recipe alert!) As for me, disebabkan fail bab bab baking ni, jadi tak nak ambil risiko panggil syaitan suruh makan cream sekali , permudahkan dengan buat chocolate topping. Resepi dia sangat senang ya allah!


Chocolate topping (Bahan-bahan) ; 

1/3 cawan minyak masak 
1/3 cawan susu pekat
Serbuk koko (ikut naluri hati)


// Campurkan semua bahan dalam saucepan, panaskan atas api perlahan. Bila dah macam berbuih (jangan mendadak), tutup api. Kacau sampai sebati. Boleh adjust sikit sikit kalau rasa kurang manis ke, pahit sangat ke. Boleh adjust.


     7. MAKAN.




Hasil kerja.png ----



Senang je kan? Haaa, masa pun jimat. Cuma blend dan tuang selepas itu bakar. Pung! Siap! Confirm lepas ini boleh masuk Masterchef wah gitu.

Selamat mencuba! Send your creations or feedbacks on my Twitter (@amninano) or comment down below! Bye!

Wassalam.



Photobucket