Saturday, 25 October 2014

#WhatHappen ; How is it going (PT3)




p/s: Entri ini dah terperap macam asam tunggu nak buang je. Sila baling coklat!

Assalamualaikum and hello earthlings!

wat gurl dah habes exam? Yup. I'm officially freedom (which is not really) . Yes, PT3 is finished and dead inside the paper. But.... PBS is waiting happily for me ohgad so suwit. Hahaha. 

Alhamdulillah, everything's okay. I get to answer the paper smoothly. Cuma, masa last day, masa tu paper Kemahiran Hidup dengan Pendidikan Islam. Boleh pulak ku tak sihat. Adush. Almost had a fever. Almost k. Sekejap panas badan, sekejap tak. Amboi sesuka hati dia je. Tapi, alhamdulillah. tak ganggu sangat masa jawab paper. also, for the first time, I slept during the big exam. Yes. Not slept actually. Jussstttt a catnap kononnya lah. Ku memang rasa tak larat masa itu, rasa nak hentak kepala patplohlapan kali atas meja. Takpe takpe. Nasib baik masih waras. Tapi, yang paling tak puas hati bila cikgu tepuk belakang suruh bangun hey du yu no ded i'm sick heh  (lulz mintak penampar) 

maap maap.

Let's go throughout the scenes.

Babak 1 -  I have to nervous. Really have to. Tapi, nervous dia tu lenmacem sikit lah. Tak senervous masa upsr dulu (oh gurl what) Kena jadi seorang remaja yang risau dengan paper exam yang akan dijawab kejaaapppp je lagi (baca sambil kenyit mata alah macam tak biasa)

Babak 2 - Jumpa kawan. Salam salam hai hai muah muah all that kind of stuff. Tunjukkan perasaan rindu kat mereka. Walaupun dalam hati rasa menyampah ya rabbi nak ghindu ghindu belasah kang (hayati dengan betul) . Borak tentang ke-nervous-an yang melanda dalam diri. Tarik nafas banyak kali, termenung jauh sampai kena tegur dengan kawan kerana nampak macam dah tiada roh dalam diri. Sediakan perkakasan (uolzz) untuk menjawab. Ingatkan kawan kawan supaya jangan lupa bawa slip dan ic (add on: watak utama sibuk ingatkan orang, padahal diri sendiri lupa nak bawak keluar)

Babak 3 -  Mendengar taklimat cikgu buat kali terakhir sebelum menjejakkan kaki ke dewan. Cikgu sempat berpesan agar baca doa sebelum memulakan pen-jawab-an (Oh My BM). Jawab soalan dengan tenang, jika rasa soalan susah, tinggalkan dulu. Jawab yang senang dahulu. Masing masing senyap dan berdoa agar dipermudahkan. Juga, gelengkan kepala sambil pandang pelajar yang masih tak sedo nak peksa lah wei ingat sikit! eh masih tak sedar bahawa peperiksaan bakal bermula sebentar lagi. 

Babak 4 - Semua pelajar masuk ke dewan peperiksaan, Penuh dengan perasaan gementar bukan sebab peperiksaan semakin hampir tetapi cari meja tak jumpa. Meluru cari meja tak jumpa jumpa alamak girl eh oops kerana terlalu banyak meja dan penyebab tak fokus semasa briefing hari sebelumnya. Watak utama akhirnya menjumpai mejanya dan mendengus sambil membebel seorang diri malu tak jumpa meja. padan muka.

Babak 5 - Perkara yang sama berlaku sehingga hari ketiga (hari terakhir), cuma hari ketiga ini agak berlainan sedikit. Ketika kertas terakhir berlansung, watak utama dilanda ribut taufan kedemaman yang sedikit teruk. Watak utama sedikit pening dan berhasrat untuk berehat sebentar sebelum meneruskan sesi menjawab. Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh pemeriksa. Diri sedikit terganggu dan pening tetapi sabarkan diri kerana puasa (puasa tak baik marah marah). 

Babak 6 - Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan tiba. Watak utama berasa gembira tetapi masih berasa lemah. Sambil itu, watak utama berhasrat untuk membuat cuti sendiri pada keesokan harinya tetapi ditindas/dirosakkan oleh guru. Katanya, esok para pelajar perlu datang untuk menyiapkan PBS. Watak utama pasrah dan datang pada esok harinya tanpa banyak bicara.


-----------------------------------------------------------------------------------

That's my story. 

Wassalam.
May Allah bless our efforts. May Allah ease everything. 



Photobucket

No comments: