Monday, 3 November 2014

Unexpectedly (Tanpa Dijangka)

( Saya selalu fikir nak post atau tidak, so here it is )

Badannya lemah. 
Mukanya pucat. 
Tiada senyuman terukir di bibirnya. 

Melihatnya diselubungi alatan moden, terguris hati merasanya. 
Tuhan, kuatkan rohaninya.
Tuhan, kuatkan semangatnya.
Tuhan, tabahkan kami sekeluarga.
Matanya separa, tidak mengapa.


Dengarlah wahai Tuhan, sampaikan doa kami.
Masuk ke hatinya. 
Agar dia mengetahuinya.


Nafasnya samar-samar,
Denyutannya semakin rendah,
Dia kelihatan lemah dan mengantuk.
Mungkin dia penat, perlukan rehat,
Tidak mengapa.


Pakar pandai berbicara, 
Membuat jenaka tentang dia,
Mengatakan bahawa dia tidak akan hidup lama lagi,
Mungkin pakar melihat kami sentiasa pudar. 

Hari menghitung hari,
Bumi semakin tua,
Dunia makin senja,
Wahai jasad, bangunlah.
Kami tahu masih ada roh di dalamnya.


Wahai jasad, bangunlah dari tidurmu yang lena itu.
Tunjukkan senyum manismu,
Yang sudah lama terpadam.


Tiada gerakan, 
Hanya tarikan nafas terakhir kedengaran,
Denyutan jantungnya sudah mendatar,
Itulah pengorbanan terakhir,
Seorang hamba.


Assalamualaikum tokwan,
Jaga diri,
Jangan nakal-nakal, ya?
Kami disini sentiasa merinduimu,
Tiap saat, tiap detik.




// ALWAYS IN OUR HEART, TOKWAN :)
1954 - 2014


Photobucket

No comments: