Saturday, 4 April 2015

#FoodWithAmni ; Sausage rolls in my tummy!

(telan ayaq liuq)


hai, assalamualaikum!

as for today, jari rajin sambil lap air liur terliur dengan roti sosej tuuuu. taknak taip panjang panjang sebab kejap lagi nak layan k-drama jadi tak baik buang masa, jom zassssss! resepi kalini, nak buat sausage rolls atau takyah nak omputeh sangat, roti gulung sosej. dia macam popia cuma gedabak dan guna roti tak payah lah nak beli kulit popia, nak siat siat sosej pastu goreng ke rebus ke takyah, ulang lagi, TAK PAYAH ye.


Bahan-bahan ;


// Roti (tak kisah lah roti jenama apa, janji roti sandwich biasa)
// Serbuk roti (boleh cari kat kedai bakeri)
// Telur (tak kisah gred apa janji telur jangan telur masin je)
// Optional: Cheeeeezzzeee okay cheese (tak kisah cheese apa nak guna. saya guna cheddar sebab tu je ada hahahha)




// First of the first, keluarkan roti. Penyek (penyek?) kan roti guna roller. sampai dia nipis. kalau boleh, jangan buat kerak dia, nanti kecil sangat terjojol sosej. lagipun kerak dia sedap.

// Lepas tu, tak kisah nak letak cheese boleh, tak letak pun takpe. takde hukum wajib ke sunat. tapi harus bagi saya sebab sedap. 

// Then, bolehlah roll roll the sausage gently on the roti. merrily merrily merrily tralalal k shut up. jadilah sebegitu rupa yaaaa.

JENG JENGGGGG~




// Tibalah masa yang ditunggu, letak scrub dekat roti sosej!! depa pun ada spa jangan memain.


// Pecahkan telur dalam satu bekas, lagi satu bekas letak serbuk roti. Sebab roti saya banyak, saya guna dua biji. tapi, it depends on how much your roti, boleh pecah telur berapa banyak.

// Mula-mula, salut roti dengan telur. dah rata, salut pulak dengan serbuk roti. bagi penuh dan cantik.

// Dah salut dengan rapi dan cantik, boleh goreng terus ataupun nak simpan kat peti ais dulu pun boleh. tapi disebabkan saya ni gelojoh, adik adik pun dah ketaq lutut nak makan. makanya, kita goreng saja bahhh. Api jangan kuat sangat, nanti luar je hangus, dalam tak masak kan sedih.



(bergetar usus besar)



Jadilah sebegitu rupa, sedap betul kalau makan petang petang lepastu hujan. dengan panas-panas cicah sos. emm sedapp. dengan cheese cair, rangup pulak tu yummy! kalau masa puasa nak buat pun boleh. roti ni tak cepat muak, bagi saya lah sebab memang suka lah kot. cepat je habis, sebab banyak sebab saya yang masak *flips apron* dah boleh jadi bini orang alamak. 

So, selamat menjamu selera sambil jilat screen laptop. saya makan dulu! *suap dalam mulut sendiri* Bye! selamat mencuba :)


// Wassalam.
Photobucket

No comments: