Tuesday, 12 May 2015

#MyPerakStory Pt. II ; Class and friends!



assalamualaikum. hai :)

sementara tengah take five study (tengah minggu exam wish me luck!), internet pun tengah laju malam malam macam ni. bertemankan buku bm yang tak bersentuh kesian. 

macam entry sebelum ni, saya ada cakap saya susah nak dapat kawan baru. tapi, alhamdulillah nak masuk bulan 5, kawan kawan dah ramai, suka sangat. tak expect boleh ada ramai kawan macam tu sebab kat sekolah lama ramai cina, jadi selalunya memang duk lah bergaul dengan dak dak cina putih mata sepet (tapi ada yang mata bulat comel). jadi, bila masuk sekolah yang mostly melayu, rasa macam awkward sikit lah nak buat kawan. saya jenis dah sekelas dengan kawan yang semestinya akan sama kelas dengan saya tahun depannya, jadi nak nak buat kawan baru ni is one of my weakness. tapi, kat sini bila dah lama lama, kawan kawan semua really easy-going and happy go-lucky. best!


okay, sekarang ni saya nak cerita pasal my first thought of entering new class and how did i reacted to my new friends. pergh tajuk dah macam nak buat rumusan. satu tersirat ada dalam petikan, satu lagi fikir sendiri ye. pastikan kata kerja pertama ditukar, k? eh dah lari k kita rewind balik. aish tak fokus.


betul betul hari pertama saya jejakkan kaki kat kelas 4sn3, saya dah niat nak cop meja depan dulu, kalau boleh tepi sekali dekat dengan pintu. baru boleh plan elok elok nak tidur masa cikgu mengajar (awal awal masuk dah ada niat buruk eish), nak usha senior senior kat situ eish niat buruk lagi. jadi penghantar info bila cikgu datang (ini niat baik). sebab selama ni, hidup memang kat kelas kalau tak duduk tengah, belakang macam dah ada magnet tarik saya suruh duduk kat situ. 3 tahun pengalaman, nak jugak merasa duduk depan. kot boleh dapat title budak nerd (betulkan spek). manalah tahu kannnnnnnn. manusia hati lain lain, perspektif lain lain hewhew ee rasa nak tampar diri sendiri


okay, dah dapat cop tempat yang dah aim. dan, pada masa tu jugak, saya dapat kawan baru. my new classmate/deskmate/crazy-mate. rupanya dia pun budak baru jugak. cuma dia memang duduk area situ. dah duduk duduk, salam tanya nama semua. lepastu masing masing senyap. habistu nak tanya apa. masa tu pun dok pikir "nak guna aku kau ke, nak guna kita awak ni alamak acane ni kang guna aku kau macam gangster pulak kennn" jadi in the end, suasana awkward conquer sekeliling kami. 

bila cikgu masuk, macam biasa lah. tanya siapa budak baru semua lah kan. obviously saya orang first kena bangun. sape suruh duduk tepi sekali. dekat dengan pintu pulak tu. lagi lagi meja saya belah kanan (kalau dari mata cikgu lah), jadi maybe cikgu rasa afdhal lah kot kalau mula dari kanan heh.
saya pun cakaplah nama, dari mana, sekolah mana dulu. bila dah pusing satu kelas semua budak baru dah kenalkan diri memasing, tetiba rasa jakun datang sebab rasa macam saya sorang je yang merantau jauh kat situ hahahaha. jauh bebeno dari jb ke perak. yang lain semua dari area yang sama, cuma tukar sekolah je. 


jadi, hari persekolahan macam biasa pun berjalan dengan emmmm lancar lah jugak. pada hari yang sama jugak, dapat kawan baru lagi yesss! jiran belakang dapat 2 orang. dua dua sempoi, suka suka! perangai pulak ya allah macam kawan kawan saya kat johor. lebih kurang je. tetiba rasa rindu ni eish (telepati siap siap). jadi, easy-going dalam diri tu terus terserlah. terus jadi macam click kat situ, jadi geng pulak. saya sebenarnya macam berazam masuk sekolah baru ni nak kawan dengan semua orang sebab kat sekolah lama tak dapat experience benda macam ni. asyik kawan dalam kelompok yang sama je. jadi, tak kisah siapa tegur ke, awak siapa ke, awak gangster ke awak anak pengetua ke, saya kawan je :) 


jadi, buat masa seminggu ni, ada lah teman. alhamdulillah. cuma for the first month ni, entahlah hormon terlebih ke apa ke emotional je kerja. dalam sebulan tu, berapa banyak kali menangis aduh rosak imej gangster keluar dah dalam hati ada taman. bila tanya kenapa, kena buli ke. taklah. rindu johor (ah dah emosi dah ni em). terus orang yang tanya macam emmmmmmmmmmm macam nak bagi kaki. 

--------------------------------------------------

but, so far so good. dah 5 bulan dah saya kat sekolah ni. kelas pun dah bersilih ganti. dari 4sn3 fuuuuunngg lompat 4sn1. tak sampai 2 bulan lebih saya dalam 4sn3, saya kena ganti kelas. tak sempat nak ramah mesra dengan kawan kawan pun lagi. tak sempat nak bertepuk tampar gedebush lagi. tapi, duduk 4sn1 ni ada jugak bestnya. kawan kawan lagi happening dan sempoi sangat! memang suka orang sempoi sempoi ni. pandai pandai pun, humble jugak diorang. jeles tengok kalau cikgu bagi soalan addmath, esok diorang dah siap, saya yang masih terkial nak mencari f(x). 

sekarang, kepala masing masing ting-tong. rasa macam dah kenal lama. lain rupanya first impression dengan realiti. at first, saya ingatkan budak 4sn1 ni senyap, jenis study 24/7 dan (perkataan yang sewaktu dengannya). rupanya, hm mereka masih dalam golongan manusia yang sama macam kita eh. cuma level otak diorang lebih pandai daripada saya je eheheheh.

i think that's all for part 2! insyaallah, nanti saya sambung #MyPerakStory part 3 pulak ye, maybe saya akan bagi tips ke (hint tu hint tu). leave your comments below and see you guys in my next entry! 



Wassalam.




No comments: