Saturday, 10 October 2015

#MyPerakStory Pt. III + #Tips ; How to survive in new school (how i survive actually duh) (panjang pulak tajuk)



hello, assalamualaikum! it's me again creeping you out on weekend wuhuu. study ke teww? taulah finals. 

masa mula mula pindah, dah mula menggigil jantung badan hati semua pikir macam mana nak survive kat sekolah baru nanti. ada ke orang nak kawan. agak agak keluar tak air mata bila sampai pagar sekolah lepastu merayu kat pak guard suruh teman (not happening). ehh serious menggigil tau. first time pindah sekolah after a long time. kalau dulu pindah tadika apa kelas tak rasa pape pun. so, nak dijadikan cerita. saya masuk dengan jiwa yang insyaallah tenang. 

apa yang saya buat?

1. Remember allah, rasulullah and our parents

// sebelum nak pergi sekolah. sebelum nak adjust baju nak naik motor. baca selawat banyak banyak, doa kepada allah supaya semuanya dipermudahkan. doa juga supaya saya tak menggigil kuat sangat. nanti obvious saya jugak yang malu macam sebab nampak macam baru lepas kena buli. sebelum bergerak, niat pergi sekolah kerana allah. sepanjang perjalanan, saya sentiasa ingat parents saya. saya pergi sekolah nak belajar betul betul. nak banggakan parents. kalau korang buat ni dulu, before entering new school/university etc. insyaallah, debar tu kurang sikit. sebab saya tak nebes dah pastu em huhu


2. "Is there any gold in your mouth?"

// Malu bertanya sesat jalan orang cakap. bila masuk sekolah baru, mestilah kita taktau selok belok sekolah tu lagi. taktau dewan kat mana, tempat berhimpun kat mana, where are we as a new student supposed to go. sebab tu gunanya mulut, bertanya. jangan malu jangan segan. kalau rasa segan nak tanya cikgu, tanya lah pengawas. jangan risau, pengawas tak makan orang pun. saya selama jadi pengawas, selalu makan nasi ayam je kat kantin. sedap tau nasi ayam tu eh lari topik amni focus focus. in my situation, saya taktau kat mana dewan ilmu sebab sepatutnya saya pergi situ. jadi, saya stop by dan tanya pengawas, alhamdulillah pengawas tu baik tunjuk arah dewan. and i was like alhamdulillah kalau tak buat malu muka innocent baru masuk sekolah. huhuhuu. saya pun pergilah ke dewan ilmu. masa tu berdebar jugak takut sesat lagi sekali menangis kat situ sape nak pujuk. terpaksalah panggil abang abang pengawas tolong pujukkan eh amboi niat lari jauh. then, jumpa cikgu kat situ, bagilah dokumen yang cikgu tu nak. 


3. "eh cikgu/budak tu lah aku pernah cam"

// as a new student, obviously korang takkan kenal walau sorang pun cikgu kat situ. pengetua pun takkan kenal. tengok cikgu tu macam pengetua, cikgu tu macam pengetua. in my situation, saya cuba ambik kesempatan masa orientasi. cuba kenal kalau tak kenal nama pun, cuba cam muka. in that way, kalau kita tengok dia kat mana mana, kita boleh macam "ohhhh dia cikgu ni ni ni rupanya" . typical me, saya senang cam muka orang even just tengok muka sekali pandang je. jadi, mengecam muka orang ni one of the advantage lah kalau tetiba korang nak jumpa cikgu sekian sekian ni.

// in a phrase of kawan pulak, bila cam pelajar kat situ. scan muka baekkk punya, lepastu tiba tiba dapat satu kelas, haaa kan boleh macam "well awak saya pernah nampak jadi saya nak kawan dengan awak" ceh gitchewww. in my kind of situation, saya akan cuba tegur siapa siapa je yang saya boleh tegur. kalau kat kantin mood nak mengecam orang datang, maka buatlah muka seposen dan salamlah orang yang awak nak cam tu dan buat buat lah tak malu tanya nama walaupun dalam hati dah tebal seribu. walaupun awak tau awak takkan dapat kenal dia dengan lebih rapat, tapi at least maybe in future kalau awak jumpa dia, tetiba boleh geng, bolehlah throwback waktu awak tegur dia lepastu dia buat donno pastu buatlah perasaan emo sikit.  nak buat kawan baik kawan jahat belakang cerita. dont judge a book by its cover.





4. take risk and be brave!

// kalau awak kat sekolah lama, cikgu dah ramai kenal, awak aktif, awak lah yang masuk semua benda. tapi, kat sekolah baru, takde sape pun kenal awak. except yourself. kau hengat kau masuk sekolah baru terus ada paparazzi ikut? uish power sangat tu (lainlah kalau awak retis) thats why, kita kena tonjolkan diri even benda tu benda kecil yang kita rasa mcm remeh rasa macam "alah kat sekolah dulu ni aku kawtim sikit ngan cikgu jeee" tapi kat sekolah baru kita nak kawtim dengan siapa? takkan nak ngesel dengan makcik kantin kot hewhew. kat sekolah baru ni lah, kita nak bagi orang kenal siapa kita. tak ada lah dah 2-3 tahun sekolah kat tempat baru, orang baru perasan "eh, kau budak baru ke? tak pernah nampak pun." emmm tak ke sentap. sebab sentap tau kalau kena cenggitu. serious talk. 

.
.
.
.
.

take a deep breathe and go face the world!

this is my story on how i survived in new school (finally survived). dah 10 bulan dah, alhamdulillah everything's fine. memula culture shock (tak payah nak culture shock sangat ah nyampah) jugak lah sebab tengok "omagad, ramai gilerz melayu. mana cina cina lawa?" boleh kira pakai jari k.......even sebelah tangan je....nampak tak frust tak jumpa mamat cina hensem hensem macam korea macam masa kat sekolah lama? hiuhiu nampak ye sense gatal kat situ yeeee nampak sangat. 

pernah rasa menyesal tak bila pindah sekolah baru?

for me, tak. kenapa?

sebab bagi saya, inilah platform saya nak dapat experience baru. selama ni tersepit terkurung dalam sangkar sendiri. sampai tak tahu macam mana dunia orang lain. cara orang lain. cara kita sendiri as a typical human being. bila dah sampai tempat baru, thats what we called challenge. bukan ke kita suka challenge diri sendiri? jadi, cuba challenge diri sendiri macam mana nak hadapi dunia baru. alah, setakat pindah sekolah takdelah challenging sangat. tapi, mind that inilah step untuk kita jadi lagi kuat, lagi matang, lagi percaya kat diri sendiri. sedih pilu tak suka semua tu belakang cerita. 


okay, dah boleh survive dah? dah boleh tarik nafas lega dah? good. moga allah mudahkan semua. moga allah lindung. 


// Wassalam


No comments: