Wednesday, 18 November 2015

tak tutup pintu.



it's a wonderful day kan harini? tapi tak akan jadi wonderful bila orang masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu. seriously?

"keluar bilik tutup pintu tu"
"keluar bilik. pintu. tutup."
"macam biaseeee *sambil main phone*"
"ehem"

okay tu baru 4 kali tak tutup pintu, kalau berkali kali, rasanya anak tekak pun naik fedap duk ehem ehem. bukan nak kata apa, sebab sekarang ni pun tengah menaip lol sarcastic sangat. sejak dah habis exam ni amboi perangai em. selalunya benda ni biasa jadi bila adik beradik sehati sejiwa sekatil serumah seteman sebergaduh kau pakai baju aku, aku pakai seluar kau, masuk bilik kita with no reason. selalunya sebab dia masuk nak aircond je, lepastu keluar. then, guess what? THE PINTU ISN'T CLOSING MAYYNNNNN


maka, bermulalah latihan vokal (k kantoi kakak yang garunk). tapi, disebabkan sedar diri ni seorang muslimah sejati, bakal zaujah awak in future nanti (dah baca line ni tolong masuk bilik air muntah), jadi kena control sikit lah suara tu. even kat rumah just like three of us, tapi perangai tu kena jaga ye. ehem (batuk gedik) , lagi lagi kalau ada mama, mau nya jadi zoo rumah tu, kalau aku jerit marah adik aku, lepastu mama dengar aku jerit, dia pun jerit sekali marah aku. haaa tak ke meriah di aidilfitri namanya tu. jadi selalunya aku ambil keputusan bagi signal sikit, haa paham paham lah dah tu. bagus adik adik aku ni, cepat pickup. lolz





agaknya, apa yang susah sangat nak tutup pintu eh. bagi lah rabbit comel macam gambar tu sekalipun, tidak mampu meredakan kemarahan dan ke-annoying-an (okay fine) terhadap anda wahai adikku tersayang no no nooo. kakakmu tetap dengan pendirian, yang tak tutup pintu tu macam buat salah besar. okay, tapi it's fine kalau masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu ni. tapi tapi tapi yang jenis suka main redah masuk bilik orang takde salam takde signal terus redah macam polis nak geledah rumah. yo yo yo relax sikit. bilik tak lari kemana pun. orang yang kat dalam lah terkejut bagai nak rak. aku lah selalunya. 


okay terapkan kat diri, sebelum nak masuk bilik orang, ketuk pintu dulu, bagi salam ke kalau nak lagi sopan lah dan insyaallah dibanggai orang ramai dan keluarga alhamdulillah masuk bilik pun bagi salam sejuk perut mama pregnant. terkejut tau main masuk macamtu je, rasa macam baru buat salah besar gosh. kita taktau entah entah orang dalam tu tengah tidur ke, kemas bilik ke, tengah not in mood ke, maunya kat situ jugak kau kena terkam haaa tak naya hidup. terus buat peringatan untuk orang lain supaya "ketuk bilik orang dulu sebelum masuk kalau nak elak kena terkam seperti saya"


tapi, im not here to say aku tak pernah buat. ye, pernah. tapi selalunya end up good lah. hahahaha lucky me! hahah k. sooooo in conclusion, ketuklah pintu sebelum anda diketuk masa masuk nanti. orang yang terkejut orang main sergah bilik, tak tutup pintu bilik, janganlah mengamuk tak tentu pasal. berkedut muka awak nanti, jangan salahkan ibu awak yang nampak lagi muda. k bye.  


// Wassalam



No comments: