Friday, 7 April 2017

TRAVEL : ROADTRIP KE KRABI - IMIGRESEN, SIM CARD THAILAND & DUIT BATH


(Belum apa apa lagi, dah tepek gambar pulau kat Krabi. Rindu lah tuuuu)

Selepas hampir setahun jugaklah mama plan nak ke Krabi ni. Tunggu abah cuti lama, dan akhirnya, passportku bakal dicop di imigresen lagi sekali! Okay setakat ni ada hm, dua cop dah. More stamps to go yeyyyy. 

"Amni, nanti aku nak t-shirt Krabi tau. Size M. Jangan lupa. Kalau kau lupa, aku ingatkan kau selalu" - unknown friend ;) 

"Tengoklah kalau aku ingat. Aku pergi sana nak berenang je hahahahahhaha" - me the evil friend ;)

Amni pergi 18/3 yang lepas, betul betul lepas ambil result SPM. Hamboi, betul betul melepaskan tension, pandai mama pilih tarikh tau hahahaha. Kami sekeluarga plan untuk drive kereta ke Krabi ni. Kami stay kat Krabi 3 hari 2 malam, Songkhla 2 hari 1 malam. 


Kami dari Ipoh so decide untuk lalu border kat Bukit Kayu Hitam. Sumpah hari tu, memang ramai ya rabbi, dahlah panas. Ambik masa jugaklah nak sampai kat imigresen tu. 


Bila adik adik dah bosan, kakak lagi lah bertambah bosan sebab takde sape yang nak dibuli huhuuu


Ehem, nak cakap sikit. Imigresen Thailand tak berapa nak strict, berbeza dengan Singapore yang memang strict gila. 

Jadi, bila kami dah lepas je daripada counter imigresen tu, ingatkan macam Singapore. Maklumlah, first time. Tengok jugak kat tepi, orang berderet beratur bukan main panjang macam beratur nak ambik BR1M panjangnya. 

Mula mula, ingatkan yang bawak kereta sendiri tak payah turun, kami pun drive je menonong, lepastu tergerak hati nak tanya pegawai kat situ

Mama: "Can go already? Where to stamp passport?" 
Officer: "Oh, you parking inside first, then you come here back (kena beratur panjang tu rupanya, ciss!)"

Nampak tak betapa tak strictnya imigresen sampai bagi kami lepas macam tu je, dah masuk Thailand dah. Nasib baik fikir nak keluar nanti kena ada white card dengan pass, kalau tak rasanya jadi PATI (Pelancong Asing Tanpa Izin) 

Tak percaya ramai orang beratur?

(Ni baru kaunter sebelah, tak tengok lagi kaunter lain allahu berpeluh sis)


Bila kat sini, nak cop pasport. Okay, nak bagitau trick sikit. Siapkan duit dalam RM2 dalam passport siap siap. Taktau lah nanti lepas post entry ni kena blacklist tak boleh masuk Thailand dah ke taktau lah. Harap harap tak lah huhuu. 

Taktau lah tujuan dia untuk apa, ikutkan aja lah. Jangan bagi duit Bath. Mahal weh mahal. Bagi pun sorok sorok je masa ni. Nasib baik pegawai dia faham bahasa melayu, kalau tak amni dah sumpah seranah bagi dakwah jangan makan duit rasuah kat situ jugak huhuhuu 

Acah tourist (padahal dah berpeluh macam air terjun niagara dah ni)



Haaaa, white card tu nak dapatkan kat mana? Sebenarnya boleh je nak ambik kat imigresen dan isi sendiri (free), tapi untuk kami sekeluarga, kami masuk kat satu duty free mall ni, akan ada sorang pekerja tahan dan tanya nak white card tak. Dia akan cas RM2 seorang (siap isi, cuma perlu bagi passport je). It depends lah, kalau rasa sanggup nak beratur panjang, bolehlah pergi ambil sendiri kat imigresen.

By the way, kalau nak masuk Thailand guna kereta, kena ada salinan geran kereta untuk disahkan kat imigresen nanti. Tempat yang sama dengan tempat kami cop pasport, cuma dia kat kaunter yang berlainan. Warning! Kena beratur panjang jugak hahahahha






Ambik masa lebih kurang sejam lebih jugaklah nak melepasi imigresen tu. Walaupun kereta dah lepas, orangnya masih under PATI lagi (lol). Jadi, kalau ada yang plan nak masuk Thailand naik kereta, datang awal awal pagi. Sebab masa ni dah pukul 2 petang dan masih ramai. Ada yang dah beratur sejak pukul 12 tengahari lagi. Wallahi sister brother mandi peluh kat situ je. Ini pun berganti ganti driver sebab jalan memang sesak, dengan lorinya, kereta parking berderet, jadi tak boleh tunggu lama, kalau tak kena lenyek kat situ jugak.


Kami tukar duit Bath bila dah masuk border ni, kat kedai telefon pun boleh. rate masih rendah lagi berbanding bila dah masuk Krabi dan ke arah atas. Masa ni rate RM1 = 7.85 Bath (78 sen). Yes, masih okay lagi. Kalau tukar masa kat Krabi, tak silap rate jadi RM1 = 7.35 Bath (73 sen). Bergantung kepada money changer. 

Dan kat sana, amni beli sim card. Guna plan 7 days punya. Mana mana kedai telefon pun ada, amni lupa nak tangkap gambar kotak sim card dia. Tapi, basically mana mana pun okay. Sebab line internet kat Thailand memang boleh respect! Even kat kawasan pulau pun coverage laju lagi. Untuk sim card, harga dia 288 Bath (RM 32) satu. Nanti, orang kedai akan pasangkan, cuma nanti tunjuk pasport je untuk verification. Pakej yang amni guna unlimited calls + 1.5GB 7 Days Internet. Sepanjang trip ni, memang suka sangat pakai sim card Thailand sebab line internet tak pernah mengecewakan langsung.

Dan bila dah settle semua, maka bermulalah perjalanan kami yang bermula dengan Hatyai then Krabi, lepas tu Songhkla. Nanti amni akan share kami pergi floating market, accomodation dan paling best sekali, MAKANANNNNN. Semua tu dalam next entry okay? Stay tuned! Bye, wassalam. 



4 comments:

Umminani said...

ummi org perlis pun tak permah sampai sana
heheh

Dkna Abza said...

Teringin jugak nak p krabi...cantik kan vire sana

Mieza S said...

bestnya jalan kat krabi. merasa ke tempat org

Nadia Johari said...

bestnya..bila dpt pergi pun tak tau