Sunday, 28 June 2015

#Tips ; How to survive in PT3 (from me to you)






nak dijadikan cerita, saya dah selamat ber-PT3 tahun lepas. the first batch! (nak bangga siket) hewhew. i know, it's tough. alhamdulillah, berjaya harungi dengan selamat dan tak lemas (urut dada)


okay, saya tahu tengah minggu adik adik eh taknak adik rasa macam tua bhahaha okaylah form 3 tengah struggle for this 2 weeks untuk Geografi (dah nak habis kan kan kan?) lepastu sambung pulak for another two weeks Sejarah. kan? well, what i want to say is, anda patut rasa pressure sekarang gila jahat *evil laugh*

from me to you, i want to share with you guys how to survive especially bila baru nak mula, just want to share a little bit of my experiences that ive been going through for the past year. takdelah lama sangat pun, baru setahun. saya pun buat geo dan sej masa bulan puasa jugak jadi high five ciked!

1. Bismillah, take a deep breath. 
// i know, the most irritating dan nervous moment bila dengar taklimat pt3. rasa, "ya allah susahnya apekebenda ni hell what i dont know god help mehhhh ni apa niiiiiiiiii" rileks, jangan panik awal awal. control sikit ayu dan kehenseman awak semua tu. kalau sekarang dah panik, macam mana nak hadapi 2 minggu berikutnya? kan kan kan? tahu, taklimat dah lepas jadi ni kira post-taklimat lah.

// Sebelum panik, baca bismillah, doa banyak banyak, tarik nafas dalam dalam. macam yang kita selalu buat sebelum exam bertulis. lepastu, baru buka kertas soalan/kertas tugasan. lepastu, marilah panik berjemaah eh tak tipu je. silalah baca, sekali imbas sebelum nak komen memacam eh. hadam soalan pun belum nak bebel kat situ. sebab saya masa dah baca sekali imbas saya bebel "apabenda ni?!" k rasa menyesal.


(inilah yang saya bebelkan tewww)



2. Read. Read again. Jot some notes.
// dah sekali imbas? dah baca? still tak faham what the heck is that? baca kali kedua, hadamlah betul betul. selalunya, cikgu akan bagi notes and what-to-do list masa taklimat, tak ingat? sila ingatkan balik. flashback please. saya cadangkan buatlah satu buku nota KHAS untuk PT3. sebab itulah apa yang saya buat. tapi tak ada lah satu buku khas, just buat satu section khas untuk pt3 sej dan geo notes on what to do next, urutan, sususan yang kena buat. baru teratur. tak adalah nanti yang sepatutnya cari benda lain, kang benda lain yang letak. haaa kan naya.


3. Don't be lazy! 
// dalam masa 2 minggu ni, janganlah memalas-malaskan (amboi tatabahasa) diri baring kat rumah like there's no tomorrow! hey wake up. jangan jadikan puasa sebagai alasan taknak buat tugasan! masa tengah puasa ni lah sebenarnya seronok nak buat kerja, sebab tak ada lah terfikir nak kena pergi lunch lah, kudapan lah and so on. tak ada terfikir "alah nak kena isi perut dulu baru boleh buat kerja" em rasanya sampai kesudah tak siap kot kerja.

// okay, based on my experience. masa pt3 ni, saya dengan library boleh jadi geng. saya dengan wikipedia boleh jadi buddyz. saya dengan research is like bff! kita duduk library, cari buku sama sama duduk dendiam sambil sama sama buat research. disebabkan batch saya last year, sej dengan geo gerak sekali, jadi macam agak....pressure sikit lah sebab nak kena focus on two things at the same time. kadang fokus sej, geo terbengkalai. fokus geo, sej terbengkalai. okay, korang. selagi ada masa, cari lah bahan bukti untuk rujukan. carilah sebanyak yang boleh. it really helps A LOT! lagi lagi geografi sebab selalunya geografi susah.....si...kit nak cari bahan bukti (based on me last year lah)

// okay back to the lazy part. masa ni lah, kita boleh discuss dengan cikgu, how to do this how to do that, am i doing it right, mintak a few tips or suggestions daripada cikgu. okay? kalau boleh, rajinkan diri pergi public library, i suggest big library lah. more informations could be found there. kalau library agak jauh, ajak gathering ramai ramai kumpul kawan kawan semua, buat research sama sama. seorang boleh bawa laptop, and together do the research, sekarang advance. sekolah pun ada wifi (flip hair). ataupun nak buat gathering iftar, also can! before iftar, discuss together as a group then cukup masa pergilah kamu bersama iftar sambil otak berat mata sepet sebab research banyak sangat. TAPI jangan tiru! please do it based on your usaha. okay kita sambung bawah.



4. Sharing is caring BUT handle it alone!
// Ayooo, hard to understand lah sister. okay, saya ada tulis kat atas tadi. buat research sama sama. discuss sama sama. tapi, hasil diri sendiri punya usaha. how? okay, kita dah discuss kan? kita jot down apa yang kita dah discuss, and then kita create our own style laporan, tugasan. maybe dari segi cara penulisan, how we express the informations. differents people have different style of course.

// experience saya last year, saya dan kawan kawan saya akan kongsi bahan rujukan, so it means among 4-5 friends of mine ada bahan rujukan yang sama. sebab kadang kita nak cari some informations, tapi tak jumpa. then out of the blue, kawan kita datang kongsi maklumat. it was like "youre my saver!" tak salah. sebab kita buat research sama sama kongsi maklumat yang sama. tapi, the way we used the informations are different. sorang buat macam ni, sorang buat macam tu. tapi, kalau baca balik. it is based on the shared and actually *psst* its the same kind of informations!

(hasil sharing is caring) 




5. Do in advance

// okay. what you have to do in advance? this one is kinda a cheat code to finish earlier (its between you and me dont tell anyone okay?) okay, ini apa yang saya buat masa kegawatan masa (lol) nak siapkan laporan dan rencana. kalau rasa macam dah boleh agak lambat dan SUSAH nak siapkan dalam masa tertentu. buat siap siap rangka, bahan bukti, bahan rencana. kalau saya, saya buat sesiap kat rumah (tapi, jangan buat yang full yang korang kena hantar) tapi, just buat alah macam a bit sketch macam mana korang akan buat dalam kelas geo dan sej akan datang. jadi, tak adalah masa tu nanti, korang macam kelam kabut (kelam kabut tak?) duk merenung kat situ "alah nak tulis apa ni? idea pleaseeee come to meehhhhh!" haaa, nak duk garu kepala kat situ pun dah habis satu masa, end up tulis NOTHING! kan buang masa tu. so, do in advance. it will speed you up.




6. Set your own goals. Keep in track. Now, do it!

// bagi saya, saya rasa pt3 sej dan geo salah satu jalan senang untuk dapat A macam tu aje. kalau kita buat betul, ikut steps, insyaAllah A is in your hand! set goal nak berapa A, tambah tolak bahagi darab semua, jangan target terlalu tinggi. kalau saya dulu, saya target 2A sahaja. sebab apa? saya target A untuk sej dan geo sebab dua tu, kita open book, just kena kerja lebih sikit. tapi, kita rasa puas, bila apa yang kita usahakan tu, it deserves it.

// okay, kenapa tak boleh tinggi? kalau korang memang dari form 1 sampailah form 3 tak lekang dek mata atas pentas ambik sijil nombor 1 masa hari anugerah, of course you boleh target tinggi kalau itu yang you rasa MEMANG boleh buat. tapi, if you guys have a typical mind, tak berani target tinggi tinggi, sebab korang tahu format pt3 macam mana kan? soalan dia, weh sungguh em (tepuk dahi). target selagi mampu sahaja. target rendah dulu, macam 2A. bila dah slow down keep in track, boleh lah kalau nak highkan standard on targeting your A's.

// Tak salah target tinggi, tapi usaha kena memadai apa yang nak dicapai. kalau setakat bangun pagi, pergi sekolah and DID NOTHING, A's pun taknak dekat dengan kita. eh tertinggal sub-topik yang ini. korang boleh target, berdasarkan apa aliran yang korang dah impikan. sains tulen? votek? perdagangan? pastikan result cukup strong untuk layakkan diri. eip jangan pressure dulu. korang boleh punya :) even myself didn't expect to be in science stream. itulah yang dikatakan rezeki :)

// 2A dah kat tangan, what about others? work on it, guys!

--------------------------------------------------------------


 All i want to say, good luck and have fun doing PT3! It is definitely the best experience yang kita boleh share dengan others. the struggles, the memories. i wish i could go back and do much better. but, actually i don't want to! tapi, seriously. lain rasa dia bila dah naik upper form. korang akan rasa next year :) anyway, do the best, and i wish you guys to get results with flying rainbow colours!! (i added rainbow k lol)


STAY STRONG, 
STAY POSITIVE,
KEEP IN TRACK,
YOU CAN DO IT!

DON'T JUST WISH FOR IT, 
WORK FOR IT!

k......

Related post:  #Tips ; on studying 



// Wassalam


Monday, 8 June 2015

these kind of situation does happen sometimes (chores edition)




"okay, balik rumah nak buat apa?" asked mama (sebelum tu dah buat skrip dulu kena jawab apa)
"tengok tvvvvvvv" answered the 3 siblings while laughing
"emmm pepandai korang lah. balik rumah sidai kain, kemas bilik vada vada vada... (the vada thingy meant other chores)" said mama

mama just kept quiet and me as the oldest sibling thought of new strategy.

"haaa, korang tolong sidai kain eh." said the gila kuasa sister
"alah, kakyang pun kena lah sekali! (kakyang is panggilan for me as a kakak)" answered the little boys
"yelah, kita sidai sekali. the more the merrier okay sayang sekalian (part ni tipu je sebab sepatutnya digantikan dengan adegan membelasah adik adik yang tak elok dibaca umum)" answered the sister


setibanya di rumah, the first thing kami buat ialah berebut siapa dapat masuk rumah dulu nak escape daripada buat kerja rumah (tak patut dicontohi lagi). sorang masuk bilik air kononnya dah tak tahan nak buang hajat, ada yang bebuat bukak tv nak tengok bola (penting katanya) walaupun sebenarnya masa tu bukan musim piala fa, premium league whatsoever tetap nak jadikan bola alasan. ada jugak yang masuk bilik bukak aircond kunci bilik lepastu marah adik adik sebab taknak sidai kain (ehem whos that). so yang rajinnya siapa? adik yang paling kecik paling comot paling the hyper tolong panggilkan abang kakak sidaikan kain ahhahahahhaa patut malu lah beb dengan 4 year-old girl pun kenal penyidai kain tau.


so, bermulalah sesi tarik tali yang diketuai oleh si gila kuasa vs adik adik bibik

me --> second son --> third son --> me --> second (ulang sampai kena jerit dengan mama)

selalunya, si gila kuasa ni lah dapat escape awal. dengan alasan nak kemas bilik and so on padahal bilik dah terkemas rapi siap bau penyembur dettol lagi. so the pemalas that girl tho. duduk bilik layan peminat bunian so the funny lol *insert emoji yang bersesuaian* 


jadi, the gila kuasa susunkan kain sesiap. yang baju besar kat bawah. baju kecik kecik cecomel semua kat atas. lepastu usap adekz adekz sambil beribu kali puji siap bagi ugutan taknak belikan cekelat pergh punya pedajal si gila kuasa ni kena kasi babab kot baru sedar (itupun kalau rasa, kalau dah lari dulu?)


jadi, dengan perasaan penuh dendam kat gila kuasa ni, si adekz heretlah bakul kain tu. and then, another thing happens bila si second son ni pergi ugut yang third son suruh sidai dulu (amboi dah turun saka kat ko ke?!). yang third son ni pulak sangat lurus dan hanya mengikut perintah (baik dia ni sila ambik dia jadi menantu) jadi sidai punya sidai, dalam kiraan 1 2 3 (si gila kuasa boleh predict), bermulalah tarik tali part two jyeahh antara second and third son. jadi si gila kuasa bajet supergirl pergilah jenguk lepastu bebel kenapa tak buat kerja (ibaratkan si gila kuasa ni dengan puan rika ibunya si bawang merah)


part si gila kuasa ni baru nak menyelit masuk ni, okay ni part peleraian. si gila kuasa ni ikut mood kalau rasa kain tu bestie, tak sampai 5 minit dah siap sidai. kalau mood swing, em agaknya dah habis playlist 5 lagu pun tak habis jugak sebakul. lepastu kena marah dengan mama. best. padan muka rika eh si gila kuasa.

end up, semua buat kerja. semua masuk bilik buat hal memasing. bila lapar, masuk dapur cari cikedis. itupun kalau lapar lah. kalau takde pape, maka si adekz mengadu lapar kat mama. dan mama akan transfer ayat perintah ke si gila kuasa. kemudian, si gila kuasa transferkan ayat perintah kat adekz adekz dengan alasan "alah, nanti dah besar senang nak urus diri. pandai masak, kenal dapur. baru senang hidup" amboi senang idop ko si gila kuasa


so in conclusion, si gila kuasa ni bukannya niat nak mendera budak bawah umur. tapi, nak terapkan nilai pandai hidup tu dalam diri memasing. si gila kuasa ni pun belajar dari bawah umur lagi. lagilah meraung taknak buat kerja rumah sampai kena hambat bhahahah. mungkin masa kecil, tak faham lagi. nanti bila dah besar, dah pandai fikir, mereka tau lah kenapa mereka 'diderakan' sebegitu rupa. it's for their own sake of course. kalau the gila kuasa takde kat rumah nak tolong buat semua tu, atleast she has backups. ada lah spare part yang sedikit sebanyak boleh tolong. 

if kami takde, agaknya siapa nak tolong mama abah buat kerja rumah? (ayat takbur)


(maid) 
(mohon maid macam ni) (demand)





*the fangirling moment*







// Wassalam


Tuesday, 2 June 2015

Chu chu chuti



Hai, assalamualaikum. heyyyayaaaaa!

buat apa tu? haa awak lah yang pakai baju biru tengah makan kerepek pisang depan laptop sambil layan movie. buat apa tewwww?

cuti baru 4 hari dan saya dah rasa keboringan duduk kat rumah. hewhew. kenapa masa cuti takde rasa nak tido sepanjang hari tapi masa sekolah ya allah kalau ada subjek tidur dalam kelas, sebelum cikgu masuk saya dah dengkur dulu. punyalah teghok perangai ish ish ish

oh sebelum tu, salam nisfu syaaban :) pejam celik pejam celik dah syaaban lepastu ramadhan ahhh cant wait nak pergi bazar ramadhan pastu nak terawih pastu nak makan ayam percik nak semua wahhhhh *imagining foods*

dah nak pukul 12 tengah malam and im still here online macam orang takde homework kan. eh awak yang tengah tengok kdrama tu, pergi buat homework! shuh shuh eh macam halau ayam. 6 essays and im still working on the first line wahh penat tau penat dah 3 hari tak pegang pen eish melampau tau. amboi tak pegang pen 3 hari macam dah tak pegang pen 3 tahun kesiankan lah saya ni. jom kita berhuhu.


jadi, cuti cuti ni korang pergi mana? kalau awak sekadar duduk rumah, layan diri sendiri sambil tawaf rumah sampai dapat haji dua kali, takpayah high five sebab saya balik kampung esok hewhewhew eh melampau gelak hiuhiuhiu okay siapa balik kampung kita high five *pang* i dont know why tapi balik kampung is one of my most favourite place to go. padahal balik kampung je der. tak jauh pun. kalau balik kampung, benda yg korang akan jumpa semestinya eip salah bukan nenek korang tapi pintu gerbang. kampung sekarang vogue tau kampung ada pintu gerbang. rasa macam raja masuk nak melawat rakyat jelata (buat lambai tangan pwincess) tapi taktau lah kalau korang punya kampung takde pintu gerbang, jadi benda pertama yg korang akan jumpa semestinya eip bukan ayam tapi rumah kampung korang lah eh ehhh. eh lawak lah weh.




(kes rindu nak selfie kat cermin besauuuu ni)


so, kampung korang macam mana? sihat? kampung saya sihat je, bila dia dengar saya nak balik terus lagi sihat walafiat sekarang amboi ko kampung pantang dengar nama aku ye rindu letewwww. cuti ni saya balik kelantan, one of my favourite negeri nak pergi. taktau kenapa. mungkin sebab kat situ keja melantak je kot. perut jugak yang happy kan. kalau korang tak pernah travel pantai timur, youre definitely missing it out! pergilah travel bahagian pantai timur, serious best! nak ajak saya jadi tourist guide pun boleh. tapi syarat syarat dia haruslah badan badan sado dan muka hensem ala ala kim woo bin amboi demand sepak kang!


kalau balik kelantan, tempat favourite family saya (dan saya!) adalah pergi makan kat kedai kraftangan or we called it as Kedai Cikgu. lokasi Kota Bharu. kalau pergi kelantan, tak singgah situ, memang tak lengkap lagi journey korang ke kelantan tau tau tau. mama dengan abah siap dah plan bila nak makan situ --- masa datang, hari kedua, hari ketiga, hari keempat sampailah hari nak balik hamek kau tak overdose makan tempoyak dengan ikan keli besauu dia tu? murah pun murah tau. for big portions like us, the price is quite affordable. malas lah nak taip pepanjang pasal kedai ni kang jadi satu karangan penuh aje kat sini baik saya sambung buat esei bm.


bila balik kampung ni taktau lah kenapa. the spirit of calmness tiba tiba datang. rasa tenang je. bukan nak cakap duduk rumah tak tenang, tenang jugak takde kes lagi lah setakat ni dalam rumah. kes buli budak bawah umur tu dah jadi tipikal kes jadi parents malas nak jadi lawyer nak backup sape sape. bila duduk kampung ni, rasa best dia lenmacemmm. bila dapat jumpa cousins yang boleh kira dengan jari berapa kali jumpa. terus otak semua bukan masuk air dah, dah meluak luak air sampai bocor. cousins are actually our bestfriends sejak kita kecik. our first bestfriend. lepak luar rumah main badminton tetengah malam lepastu bajet cakap loghat sana tau aish. bajetttttttt.


sebenarnya, kampung saya nak dikatakan kampung pun ye, bandar pun ye. macam kampung dalam bandar. setakat nak merempit dalam kampung takde lesen apedehal small the pieces lah hewhewhew. bila boring duduk rumah sebab parents taknak bawak pergi pasar (sebab tau anak dia demand memacam), maka bermulalah misi mencari ruang untuk mengisi kebosanan yang melanda dalam diri wah ayat kelas tau! pusing pusing jalan jalan sampai tangan lenguh, kaki kebas tekan brek. padan muka.


cant wait! marilah kita sesiap packing barang dan kemas bilik sebelum madam besar mula bersuara. thats all for this entry! jari dah start kebas taip bebanyak. huhu.


// Wassalam