Saturday, 21 January 2017

My abah made me do Ikan Singgang



"Nak masak apa harini?" asked abah
"Taktau. Beli je lah barang apa apa." answered me
"Buat ikan singgang lah harini. Nanti abah beli ikan." said abah

And me : *pengsan*
Also me : *whatsapp mama quickly to ask for recipe*

I should have answered ayam paprik. Damn it.

So, I was going back and forth at the kitchen thinking how am I going to achieve on cooking Ikan Singgang. For those of you who don't know, ikan singgang is one of the most popular dishes in Kelantan and literally, my abah loves the dish so much since it doesn't require any oil. Just boil your things and wallah you have your singgang. And wallahi, I was shaking so hard since I'm not a big fan of ikan singgang. I can eat them, tapi tak bersungguh lah. 

And abah got back with two plastics full of fish. There were ikan selayang and ikan tenggiri. The first thing that I did was checking the ikan selayang wether it has been siang-ed or not. Guess what, no. I know how to siang the ikan, but I usually fail at trimming the fish side where you usually pull out the internal organs of the fish. Usually, it's either I trimmed it too shallow or I trimmed it where the bones attached and ended up poking my finger. padan muka. I think someone should do a workshop on how to siang ikan properly without injuring themselves. And I will be the earliest student to register.

But I managed to do so on that day. I was so relieved. The side was just nice in my preference lah. Imagine if I were shaky and kelam kabut, I bet the fish will not just lose their internal organs, might as well the flesh. So kesian. I hope that the fish's soul will not kacau me in the middle of the night trying to put the blame on me for not respecting the fish after stabbing it. I'm sorry fish. Mintak izin belah perut ikan ni ye nenek moyang ikan. Cucu cuma nak masak dia je *insert cricket sound* *as well as the ghosty music*

And as a typical social media person. Of course I have to update everything, to let everyone knows (and to let everyone knows that I'm a good cook so that the one who has a grown up son, and looking for a wife can recommend me as one of the candidate to their sons) I had this thought way beyond than what was I supposed to write. Oh yeah, ikan singgang.

I did instastories and the only picture I captured was this



And this




I think I'm fancy enough to be someone's lifetime maid lol just kidding ( or I'm not ) No. Really. Just kidding. I still can't get over my korean babies, how can I be someone's partner? I might spend more time with my korean babies than my own partner. Pepandai lah survive ye. 


The final turnout? It was good! It had that sour, salty, sweet, tangy taste to it which what it supposed to taste like. It means, I did it! And I'm still proud with my siang ikan skill. That was lit yall *flips tudung*


I'm not sure if I should do more recipes blogpost. It has been almost a month since I started cooking for almost everyday. It's so enjoyable and great to get to learn such dishes and much more! I've cooked chicken rice, tomato rice, fish curry and many more. Yet, there's still a long way to go and a lot more to learn. Until then, bye. Wassalam.





Wednesday, 4 January 2017

OKU Parking




So, I went to the bank this morning and as a typical Malaysian, baru nak tukar kad bank well tak Malaysian lah kalau tak tukar kad bank lambat apeni. eventually, ramai jugak yang baru nak tukar kad bank jugak. tahun lepas orang suruh tukar taknak tukar, dah 2017 baru nak tukar. apeni apeni hahahaha.Okay, cerita dia bukanlah pasal kad bank yang baru nak tukar ni, tapi serious talk, lawa nak mampus kad yang baru ni. aku rasa nak patah dua kad yang lama yang dah calar seribu ni. okay tak tipu je. tapi serious lawaaaaa. rasa nak pergi atm hari hari semata mata nak guna kad baru tu padahal duit dalam tu entah ada entah tidak :b
So, aku pun dari traffic light, buatlah u-turn sebab bank kat seberang sana. Masuk simpang, cari parking. Disebabkan masa tu bank belum bukak, so orang takdelah ramai sangat but still there are some people queueing kat luar bank tu. aku pun hmm menonong cari parking. Nak parking jauh, malas nak berjalan. jadi, carilah parking yang jarak dia hanyalah sekangkang kera dengan bank. aku still pelik kenapa guna sekangkang kera. kenapa tak guna sekangkang harimau ke, itik ke, kura-kura ke. adakah kangkangan mereka berbeza dan tak sama seperti kera yang menyebabkan syarat kangkangan mereka untuk dijadikan peribahasa tak menepati syariat? dan hanya kangkangan kera sahaja yang valid dan pass semua ujian untuk dijadikan peribahasa? aku rasa aku kena tanya balik cikgu bm aku lolJadi, aku dah jumpa parking. Lepastu aku pelik, kenapa takde orang parking kat sini. disebabkan instinct kepositifan aku ni. aku pun, "Orang baru keluar kot. alah, parking je lah, rezeki parking"

Jadi, dengan bersenang lenang mak nenek dia, nak tunjuk power lah tu kononnya reti side parking. Pakcik kat luar pun pandang je dengan muka "Dia ni reti side parking ke tidak ni? Let's see..." Ceh pepandai let's see tau. Okay, dengan kepoweran dan keangkuhan meng-side parking, aku berjaya masuk hek eleh senang je side parking. Riak riak. 

Aku pun bersenang lenang, keluar kereta pergi lah beratur. Takdelah ramai sangat memandangkan masatu bank belum bukak dan aku datang memang awal. 


Aku pun tengok sekeliling. pastu, yang aku perasan orang asyik duk pandang aku. aku macam,

"pehal semua orang nak pandang aku je ni."

Dengan izin Allah, Dia nak tunjuk kebenaran, aku pun pandanglah kereta aku, lepastu pandang sikit atas dia, yes sikit je.









JENG JENG JENGGGGGGG~~~

"Shit, pehal aku parking situ doeee??! Itu parking OKU lah senget. Astaghfirullah..." sambil tampar dahi tanda kebodohan diri sendiri sebab tak peka 

Niat di hati nak biarkan aje. Alah, orang lain pun ada buat jugak. Lagi satu, dah alang alang dapat beratur awal awal ni, orang pun tak ramai, dapatlah giliran awal. Tapi, fikir balik, bila orang buat kita marah, kenapa bila diri sendiri buat, biarkan aje? Tak ke aku akan jadi lebih kurang macam diorang jugak? Kurang sivik. Lepastu, kau nak dapat giliran awal sedangkan kau menyalahgunakan hak orang lain? hahahhahahaha mimpi kot. 

Jadi, aku pun tak fikir apa, tengok belakang, okay takdelah ramai sangat. pergi kat kereta, start enjin apa semua, terus pusing ke area parking kat tepi kedai. takdelah jauh mana sebenarnya, it just, typical me, malas. tau tak, malas. Just kena lintas jalan sikit je. 

Aku tak tau lah Allah nak balas ke apa, aku pergi balik beratur, okay syukur orang still macam tadi, so beratur kat tempat yang sama. still dapat giliran awal. tak sampai berapa minit, terus zuppppppp ramai gila orang datang dan beratur kat belakang. aku pun macam lega gila taktau lega kenapa. entahlah. 

So, the moral of the story, when you did something good, there will be something good in return. lepastu, peka lah dengan sekeliling jangan pekak. dan dan dan silalah tukar kad bank cepat cepat sebelum kau kena cas dan meraung kat situ sebab menyesal tak tukar awal awal. okay bye semua! wassalam.